MOSCOW - Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik Covid-19 mencadangkan arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.
Menurut The Wall Street Journal, penyelidik bagaimanapun menyedari perlunya penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan tersebut dan haiwan-haiwan lain di pasar itu. Mereka belum lagi dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.