Putera Harry, Meghan Markle hilang gelaran kehormat

Iklan
Pasangan yang berkahwin pada 2018 itu mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. - Foto: Agensi

LONDON - Duke dan Duchess of Sussex melepaskan naungan dan gelaran kehormat dalam pasukan tentera diraja, menurut Istana Buckingham pada Jumaat.

"Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengesahkan keputusan akhir itu kepada pemerintah United Kingdom (UK), Ratu Elizabeth II selepas menyatakan mereka tidak akan kembali kepada keluarga diraja.

Iklan
Iklan

"Baginda ratu turut menzahirkan rasa sedih dengan keputusan itu, namun baginda ratu menegaskan Harry dan Meghan tetap menjadi ahli keluarga yang disayangi," ujar jurucakap istana tersebut.

Difahamkan, Harry dan Meghan yang kini menetap di California, Amerika Syarikat (AS) masih akan menyokong pertubuhan yang pernah diwakili sebelum ini, namun ia berbentuk 'perkhidmatan universal'.

Iklan
Iklan

Pada Januari tahun lalu, pasangan yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua itu membuat keputusan mengejut untuk menyerahkan kesemua keistimewaan diraja kerana mahu hidup berdikari. - AFP