Digantung tugas kerana ambil gambar dalam kokpit

Iklan
Gambar hiasan

SINGAPURA - Kapten Singapore Airlines (SIA) telah digantung tugas sejak 1 Februari lalu kerana membenarkan seorang pramugari duduk di kerusi juruterbang dan turut mengambil gambarnya.

Kru penerbangan itu turut berdepan tindakan sama.

Iklan
Iklan

SIA mengesahkan kejadian itu berlaku pada 12 Januari lalu ketika pesawat SQ207 melakukan penerbangan ke Melbourne.

"Ketika insiden itu, pramugari terbabit berada di dalam kokpit untuk mengambil dulang makanan. Dia duduk di kerusi kapten untuk mencapai dulang tersebut di tingkap kokpit. Selepas itu, dia meminta kapten terbabit mengambil gambarnya," ujar syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Iklan

SIA menegaskan tidak berlaku pelanggaran keselamatan dalam kokpit terbabit dan masih mengikut prosedur standard syarikat.

"Kami masih menyiasat perkara itu," jelasnya lagi. - Straits Times

Iklan