PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mahu melihat perkembangan terkini Ilkay Gundogan sebelum memutuskan samada pemain berkenaan bakal beraksi berdepan Arsenal di Emirates, awal pagi Isnin nanti.
Menurut Guardiola, bintang Jerman itu telah terlepas aksi berdepan Everton baru-baru ini berikutan masalah kecederaan yang dialaminya.
Iklan
Iklan
Malah katanya, sehingga kini Gundogan juga masih belum menjalani latihan sepenuhnya bersama rakan-rakan sepasukan yang lain dan hanya menyertai sesi latihan di Akademi Manchester City pada Jumaat.
"Kita berikan dia peluang untuk berlatih pada sesi pagi di akademi bola sepak kita, namun dia beraksi pada sebahagian sesi sahaja kali ini.
"Latihan itu secara keseluruhannya adalah untuk mengembalikan tahap kecergasannya agar dia boleh kembali berlatih bersama pasukan selepas ini.
"Oleh itu, kita akan terus memantau tahap kecergasan selain memantau perkembangannya sebelum memuktamadkan sebarang keputusan,” katanya.
Artikel Berkaitan