Tun Faisal kemuka jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO

Iklan
Laporan Sinar Harian pada 24 Januari lalu.

SHAH ALAM - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz akan mengemukakan surat jawapan balas kepada Lembaga Disiplin UMNO berhubung kenyataan terbukanya menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau masih berpegang kepada prinsip dan perjuangan parti.

Iklan
Iklan

"Saya akan tulis surat jawapan dan akan berhadapan dengan Lembaga Disiplin seperti yang diarahkan.

"Jika ini jalan yang perlu dilalui oleh mereka yang berani bersuara mempertahankan dasar parti, saya akan lalui jalan ini,” katanya menerusi satu ciapan di Twittter pada Jumaat.

Iklan

Pada Jumaat, Tun Faisal diminta mengemukakan surat tunjuk sebab serta diarahkan untuk hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO susulan tindakan terbuka menentang Presiden UMNO dan perlu menjawab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya.

Sebelum ini, Tun Faisal membuat kenyataan Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Presiden UMNO sudah hilang kredibiliti, kata Tun Faisal