Isu kompaun: Polis minta individu tidak puas hati tampil

Iklan
Polis minta individu yang menularkan berkaitan isu tidak puas hati anaknya dikompaun kerana percanggahan persempadanan daerah tampil bagi merungkai kekeliruan - Gambar hiasan.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Polis Shah Alam minta individu yang menularkan berkaitan isu tidak puas hati anaknya dikompaun kerana percanggahan persempadanan daerah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran individu tersebut untuk berjumpa dengannya bagi merungkai kekeliruan itu.

Iklan
Iklan

"Kita amat berterima kasih sekiranya individu itu dapat tampil di IPD Shah Alam untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai perkara tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Baharudin berkata, pihaknya cakna dengan masalah yang dihadapi oleh individu berkenaan.

Iklan
Iklan

"Individu tersebut telah memuat naik kenyataan tidak berpuas hati kerana kompaun yang dikeluarkan terhadap anak perempuannya, malah tidak jelas dengan isu merentas daerah," katanya.