Kerajaan jamin penghantaran vaksin ke seluruh negara lancar

Iklan
Penantian seluruh rakyat Malaysia selama beberapa bulan ini bakal berakhir apabila bekalan vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu akan mendarat di negara pada Ahad.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan memberi jaminan proses penghantaran vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 ke seluruh negara akan berjalan lancar, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya melaksanakan latihan penghantaran vaksin ke Klinik Kesihatan Belaga, kira-kira 178 kilometer (km) dari Bintulu, Sarawak pada 29 Januari lalu.

Iklan
Iklan

"Saya yakin sekiranya penghantaran ke kawasan terpencil seperti Belaga dapat dilakukan, ini bermakna tempat lain tidak mempunyai masalah yang besar,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Ziarah Sumbangan Tablet di Kampung Cina, di sini pada Sabtu.

Katanya, lokasi penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 telah dikenal pasti dan setiap negeri juga telah disediakan peti simpanan suhu ultra rendah untuk vaksin tersebut.

Iklan

"Kita sudah ada 115 peti simpanan suhu ultra rendah dan kerajaan beli lagi 55 buah dengan peruntukan sebanyak RM2.7 juta, jadi tidak ada masalah untuk simpan bekalan vaksin yang akan tiba esok,” katanya.

Selasa lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Malaysia akan menerima penghantaran pertama vaksin tersebut pada Ahad diikuti pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Iklan

Muhyiddin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan. - Bernama