MetMalaysia beri amaran ribut tropika

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran mengenai ribut tropika yang berada pada kedudukan kira-kira 1,324 kilometer (km) ke timur Sandakan, Sabah.

Dalam satu kenyataan, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu berada sekitar 465km ke Timur Davao, Filipina pada jam 5 petang.

Iklan
Iklan

"Kelajuan maksimum angin boleh mencapai 72km sejam (km/j)," menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa keadaan ini boleh mengakibatkan kejadian angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama