Zarina Zainuddin menangis lagi...

Iklan
Zarina Zainuddin. Foto: Instagram

SUKAR untuk digambarkan dengan kata-kata melihat ketabahan dan kesabaran pelakon Zarina Zainuddin melayan karenah anak-anak autismnya.

Adakala ia melucukan dan menghiburkan, namun pada satu-satu ketika ramai yang menitiskan air mata melihat apa yang dilalui Zarina bersama anak-anak.

Iklan
Iklan

Terbaru hari ini, Zarina telah memuat naik beberapa video yang menunjukkan keadaan salah seorang anak istimewanya, Azil yang mengamuk dan bertindak agresif ke atas dirinya.

Dalam salah satu video tersebut, ibu kepada empat orang anak ini tidak dapat menahan kesedihan sehingga mengalirkan air mata melihat keadaan itu.

Iklan

"Sakit kena tanggung sendiri. Sakit bahu saya tiga kali kena hentak. Sabar la Azil, masa ibu ada ni ibu ikutkan jer lah. Esok kalau ibu dah takde, mudah-mudahan Azil pandai jaga diri,” tulisnya pada kapsyen.

Menurut Zarina lagi, situasi itu berlaku kerana kemahuan Azil untuk mengikut adik kembarnya, Azal untuk ke gym tidak dapat dipenuhi.

Iklan

"Dia nak ikut Azal pergi gym. Dia berlari keluar kereta. Saya kejar dia, dia masuk kereta balik mengamuk nak ikut Azal,” luah Zarina.

Tambah Zarina doktor ada memberikan Azil ubat, namun dia tidak sanggup memberikan ubat tersebut pada waktu pagi kerana kesan ubat tersebut akan menyebabkan anaknya itu tidak bermaya.

"Doktor ada bagi dia ubat, tapi saya tak sanggup nak bagi ubat pagi-pagi. Kasihan dia, kesan ubat tu dia tak bermaya..

"Risiko anak autism bila besar tenaga dia kuat, bila tak ada aktiviti dia jadi hyperaktif,” ujar Zarina lagi.

Rata-rata peminat dan pengikut Zarina tidak putus memberikan kata-kata semangat buatnya, selain mendoakan yang terbaik buatnya dan anak-anak.