BUTTERWORTH - 'Saya taknak kena tahan encik' itu antara kata-kata seorang warga asing sebaik sahaja ditahan penguat kuasa dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di sini، semalam.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui bersembunyi dalam stor bagi mengelak ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang، Izham Idris berkata، pemeriksaan dilakukan mendapati warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Dia antara 11 warga asing ditahan selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 18 orang dari Nepal، Bangladesh، Indonesia dan Pakistan.
"Operasi dijalankan di beberapa pondok keselamatan di kawasan-kawasan apartment sekitar Jelutong، Jalan Burmah، Pulau Tikus dan Perai،" katanya.
Menurutnya، selain menyalahgunakan permit kerja ada di antara mereka yang dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan.
"Kesemua mereka berusia 21 hingga 50 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Seberang Jaya untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan warga asing di Juru.
"Mereka ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imegresen 1963،" katanya.