Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama selesai April

Iklan
Dr Adham Baba dan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan kotak berisi vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech sejurus vaksin tersebut tiba di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA hari ini. -Foto Bernama

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menjangkakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama akan selesai pada April ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kumpulan pertama yang akan mengikuti program itu pada 24 Februari ini dengan menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu terawal menerima suntikan vaksin.

Iklan
Iklan

"Kita harap kita boleh selesai bulan April sebab ini banyak melibatkan sektor perkhidmatan dan sektor keselamatan," katanya pada sidang media secara maya Ketibaan Bekalan Vaksin Covid-19 Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan akan turut meletakkan petugas media sebagai kumpulan awal penerima suntikan vaksin berkena, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia bergantung kepada bekalan dan persediaan.

Iklan

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan bersedia untuk mempermudahkan cara pemberian kepada petugas media termasuk juga guru.

Malaysia melakar sejarah selepas menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech apabila penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesasat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABKargo Sdn Bhd (MASKargo) selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 10 pagi pada Ahad.

Iklan

Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu akan disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Khairy Jamaluddin Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Dr Noor Hisham.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan penerbangan yang membawa vaksin itu dijadual berlepas dari Singapura pada jam 9 pagi pada Ahad.

Perjalanan vaksin tersebut dari kilang Pfizer di Belgium telah diuruskan oleh Pfizer dan DHL melalui perjanjian di peringkat global.

Vaksin berkenaan berlepas dari Belgium dan transit di Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain, termasuk Malaysia.

Setibanya di Malaysia, pengedaran vaksin tersebut akan dikendalikan DHL Express, yang juga merupakan ejen yang telah dilantik untuk pengedaran vaksin Pfizer-BioNTech di peringkat global.