KUCHING - Banjir yang kembali melanda Sarawak sejak Jumaat lepas berakhir pada Ahad dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Samarahan ditutup pada jam 10 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan, PPS di Dewan Serbaguna Kampung Entingan dan Balai Raya Kampung Nangka ditutup dan kesemua 67 mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.