PETALING JAYA - Masih hangat isu ijazah palsu yang melanda pemimpin kerajaan, memilih pendekatan telus, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan dirinya tidak pernah memiliki sebarang ijazah dari mana-mana universiti tempatan mahupun luar negara.
Dalam satu kenyataan medianya, Naib Presiden Amanah menafikan isu tular yang mendakwa beliau seorang lulusan universiti dari luar negara.