Marzuki telah beri penjelasan, kekal SU Bersatu

Iklan

SEMENYIH - Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya masih kekal menjawat jawatan Setiausaha Agung Bersatu, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Marzuki telah memberi penjelasan mengenai situasi dan keadaan sebenar yang berlaku.

Iklan
Iklan

"Orang boleh kata apa-apa. Tapi saya telah duduk dan berbincang dengannya dan dia telah pun mengeluarkan kenyataan walaupun ada yang tidak berpuas hati. Ini penting untuknya menjelaskan hakikatnya.

"Bagi saya cukup dan beliau masih kekal sebagai setiausaha agung Bersatu. Soal jawatan dalam kabinet pula itu biar perdana menteri tentukan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja di Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Tegas Muhyiddin, beliau bersetuju dengan prinsip agar tidak berbohong dengan berpegang teguh pada integriti serta kejujuran.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Tipu ijazah: Marzuki serah kepada polis siasat

Terdahulu, Marzuki menegaskan akan menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dakwaan beliau menipu berhubung kelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Cambridge.

Dalam perkembangan lain, menurut Muhyiddin, proses menamakan calon bagi PRK Dun Semenyih akan dilakukan sama ada hari ini atau esok.

"Sama ada calon kali ini ialah orang tempatan atau tidak, ia akan diumumkan pada 14 Februari depan," katanya.