37,170 calon SPM, SVM duduki peperiksaan di Sabah

Iklan
Seramai 37,170 calon SPM dan SVM akan menduduki peperiksaan di Sabah, esok.

KOTA KINABALU - Seramai 37,170 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di seluruh Sabah akan menduduki peperiksaan pada Isnin.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, semua calon akan menduduki peperiksaan di 321 pusat peperiksaan di seluruh negeri tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan pelajar yang mengambil peperiksaan, seramai 36,432 orang adalah calon SPM dan 738 orang lagi adalah calon SVM.

Mistirine Radin

Peperiksaan itu juga akan melibatkan seramai 5,393 petugas yang akan bertugas sepanjang peperiksaan berlangsung.

Iklan

Peperiksaan SPM akan bermula dari 22 Februari sehingga 25 Mac ini dan SVM pula bermula 22 hingga 25 Februari bagi semester satu dan akan bersambung pada 8 hingga 19 Mac bagi semester dua.

Sementara itu, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula akan bermula pada 16 hingga 22 Mac bagi semester satu dan bagi semester dua pula bermula pada 5 hingga 12 April manakala Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan bermula 29 Mac hingga 27 April.

Iklan

Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) akan diadakan pada 23 Februari ini.