SPM: Selawat badar sebelum masuk dewan peperiksaan

Iklan
Calon SPM MTPN membaca selawat badar sebelum memasuki dewan peperiksaan awal pagi Isnin.

KUANTAN - Seramai 49 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTPN) membaca selawat badar secara beramai-ramai sebelum memasuki dewan peperiksaan awal pagi Isnin.

Pengurus Kanan Akademik Tahfiz Profesional MTPN, Nazahar Abdul Hamid berkata, bacaan selawat itu dilakukan demi memberikan ketenangan dan keyakinan kepada calon SPM.

Iklan
Iklan

"Kita mahu mereka tenang menjawab peperiksaan dan selawat badar ini adalah selawat yang memuji kebesaran ALLAH SWT.

"Amalan sebegini sememangnya menjadi budaya di MTNP sama ada berdoa atau berselawat setiap tahun," katanya ketika ditemui di MTPN Tanjung Lumpur pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, semua calon yang menduduki peperiksaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka seperti yang disarankan pihak kerajaan.

Jelasnya, kepatuhan calon terhadap SOP ditahap memuaskan dan pihak MTPN berharap kesemua mereka tenang dalam menghadapi peperiksaan itu.

Iklan