Australia mulakan program suntikan vaksin Covid-19

Iklan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menerima suntikan vaksin anti-Covid-19 di Sydney pada Ahad. - Foto AFP

MELBOURNE - Australia melancarkan program suntikan vaksin bagi mencegah Covid-19 untuk orang awam pada hari Isnin walaupun terdapat tentangan daripada sejumlah penonton dalam pertandingan tenis Terbuka Australia terhadap kempen vaksinasi itu semalam.

Kira-kira 60,000 dos diberikan kepada orang ramai dalam minggu ini bermula dengan para pekerja di barisan hadapan iaitu daripada staf penjagaan kesihatan, polis dan para pekerja hotel yang dikuarantinkan.

Iklan
Iklan

Penduduk warga emas yang tinggal di rumah-rumah penjagaan orang tua turut termasuk dalam senarai penerima awal suntikan tersebut.

Menurut AFP, satu program televisyen menunjukkan suntikan anti-Covid-19 itu diberikan kepada staf-staf perubatan dan para-pekerja hotel yang dikuarantinkan di Melbourne dan Sydney.

Iklan

Sehari sebelum itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memperoleh suntikan vaksin berkenaan.

Beliau mendapat suntikan itu dalam majlis yang menandakan permulaan vaksinasi Covid-19 bagi meyakinkan rakyatnya bahawa vaksin tersebut adalah selamat.

Iklan

Pelancaran majlis itu dibayangi dengan protes yang menentang vaksin tersebut di bandar-bandar utama termasuk oleh sebahagian penyokong pertandingan akhir tenis lelaki pada Terbuka Australia pada malam Ahad lalu.

Semasa majlis penyampaian hadiah berlangsung selepas pemain tenis nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic memenangi gelaran Terbuka Australia kali kesembilan, kira-kira lebih 7,000 penonton pertandingan tersebut mengejek ucapan Pengerusi Tenis negara itu, Jayne Hrdlicka dengan kuat.

Penonton mengejeknya selepas wanita tersebut berucap dengan menyatakan harapannya bahawa suntikan vaksin itu akan membantu menamatkan gangguan dalam sukan profesional akibat pandemik Covid-19.

Sejumlah penonton juga mengejek dengan kuat apabila Hrdlicka mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa di Melbourne dan negeri Victoria kerana memastikan musim pertama pertandingan tenis dalam kategori Grand Slam itu dapat diadakan.

Pertandingan itu sebelum ini berdepan dengan beberapa masalah dengan para pemain yang bertanding terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu selepas tiba di Australia.

Para peminat pula dilarang melihat perlawanan tenis itu semasa pertandingan tersebut berlangsung selama lima hari berikutan arahan"lockdown" oleh kerajaan negeri Vistoria bagi menangani penularan Covid-19.

Walaupun terdapat protes pada pertandingan tenis itu, tinjauan pendapat awam menunjukkan kira-kira 80 peratus orang ramai bersedia untuk divaksinasi bagi membendung penularan Covid-19.

Australia merupakan salah sebuah negara di dunia yang berjaya membendung penularan Covid-19.

Ia adalah disumbangkan oleh penutupan sempadan negara itu dan langkah-langkah bagi membendung penularan melalui pendekatan"lockdown" dan ujian intensif serta program mengesan kontak pesakit Covid-19.

Kempen vaksinasi itu bermula dengan menggunakan vaksin Covid-19 buatan Pfizer-BioNTech sebelum fasa seterusnya yang menggunakan vaksin AstraZeneca.

Kerajaan Austlaia menyatakan ia akan selesai melakukan program vaksin di negara yang mempunyai 25 juta penduduk itu pada Oktober depan.

Sehingga Ahad lalu, negara itu hanya mempunyai jangkitan Covid-19 di bawah 29,000 kes dengan kematian sebanyak 909 orang akibat pandemik itu sejak Mac tahun lalu. - Agensi