Hari Tanpa Beg Plastik di Kedah bermula 1 April ini
Iklan
Ooi Tze Min (dua, kiri) ketika melawat ruang pameran berkaitan alam sekitar.
ALOR SETAR - Kedah menguatkuasakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik sebagai dasar baharu kerajaan negeri berkuatkuasa 1 April ini.
Exco Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Ooi Tze Min berkata, pelaksanaan kempen itu dikuatkuasakan melalui syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan sub-seksyen berkenaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa mewajibkan premis perniagaan untuk turut serta menjayakan kempen itu.
"Dasar ini sudah diluluskan dan akan dilaksanakan setiap Jumaat dan Sabtu di premis perniagaan seperti pasar raya besar, pasar raya serbaneka, kedai serbaneka, restoran makanan segera, kedai serbaneka di stesen minyak, kedai rangkaian, farmasi dan lain-lain premis niaga berkaitan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, hari ini.
Tze Min berkata, premis perniagaan terbabit wajib berdaftar dengan penguatkuasaan pelaksanaan kempen Hari Tanpa Beg Plastik, bagi mengelak tindakan diambil.
Iklan
"Kempen ini melibatkan tiga komponen iaitu beg plastik, penyedut minuman plastik dan pembungkus makanan berasaskan polisterina.
"Setiap premis yang berdaftar dengan PBT akan diberikan sijil penyertaan bagi membolehkan premis terbabit membuat kutipan 20 sen bagi setiap helai beg plastik dibekalkan kepada pengguna,” katanya.
Menurutnya, kutipan terkumpul bagi penggunaan beg plastik perlu diserahkan kepada PBT di daerah beroperasi.
"Kutipan itu akan digunakan bagi tujuan program kebajikan masyarakat dan pembasmian kemiskinan di daerah masing-masing,” katanya.
Tze Min berkata, kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menghentikan penggunaan beg plastik dan polisterina di semua majlis rasmi dan bangunan kerajaan pada setiap hari, bermula tarikh ia dikuatkuasakan kelak.
"Premis perniagaan boleh perkenalkan beg alternatif (beg bio) yang boleh diguna semula bagi menggantikan beg plastik dan penyedut minuman plastik juga tidak lagi diberikan kepada pelanggan melainkan atas permintaan.
"Selain mewajibkan memasang notis pemberitahuan ‘Tak Nak Straw & Polisterina’ di kaunter kedai makan, penjaja statik dan bergerak serta premis berkaita,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini, kempen itu dilakukan secara sukarela, kini ia sebahagian daripada perundangan negeri dan akan berdepan tindakan seperti lesen perniagaan ditarik balik jika ingkar.
"Kempen ini juga selaras dengan janji manifesto PH Kedah, bawah teras ke-10, iaitu melestarikan alam sekitar. Hasrat kita adalah untuk memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem negeri supaya kekal hijau.
"Selain meningkatkan kesedaran rakyat untuk menjaga alam sekitar. Selepas enam bulan dilancarkan, kita akan lakukan post mortem bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan kempen,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam