Kes tertukar bayi di wad nurseri hospital selesai

Iklan
Gambar hiasan.

MELAKA - Isu tertukar bayi lelaki di wad nurseri sebuah hospital di sini yang tular di media sosial telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dipanjangkan.

Perkara itu disahkan oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman selepas bertemu dengan keluarga bayi terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hospital berkenaan juga telah melakukan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan berikutan kesilapan yang berlaku atas kecuaian petugas.

"Pada saya, kes ini dah selesai secara baik kedua-dua keluarga juga menerimanya dengan baik dan tempoh yang berlaku tak lama dalam tempoh dua, tiga hari.

Iklan

"Pihak hospital juga telah memohon maaf kepada kedua-dua keluarga terbabit, dan saya juga mewaikli Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memohon maaf dan ini pertama kali berlaku di Melaka," katanya ketika ditemui di Ayer Molek di sini pada Isnin.

Sebelum ini tular di Facebook apabila seorang pemilik akaun, Nur Hafiza Md Rosli mendakwa bayi lelaki yang dilahirkan pada 12 Februari lalu tertukar dengan bayi lelaki lain.

Iklan

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika bayi tersebut mendapat rawatan di nurseri hospital terbabit selepas mengalami jaundis.