PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta menjelaskan bahawa kelekaan pemain sewaktu bertahan menyebabkan pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling berjaya memanfaatkan peluang dan menjaringkan gol tunggal perlawanan.
Arteta berkata, pemainnya gagal menggunakan peluang bermain di laman sendiri dan mengutip mata untuk membaiki kedudukan dalam liga.
"Kami melakukan perkara silap pada 10 minit pertama. Kami mengetahui bahawa hantaran silang kepada Sterling itu sepatutnya tidak sepatutnya disudahkan oleh Sterling kerana kami lebih bersedia.
"Bagaimanapun kami gagal membacanya dalam permainan. Ketika ketinggalan pada jaringan pertama, ia telah memberikan tekanan dan membuatkan kami sukar.
"Mereka (City) benar-benar selesa bermain. Pemain cuba bangkit dengan pelbagai peluang dan umpanan tetapi kita tidak mempunyai kualiti untuk menyudahkannya.
"Kami berada di tangga ketiga terkahir liga tetapi tidak menggunakan peluang yang ada dengan hantaran berkualiti yang mampu menghasilkan gol. Kami cuba menggunakan kelemahan yang mereka ada tetapi mereka pasukan di teratas liga,” katanya.
Arsenal terus bergelut untuk mengutip mata apabila mengalami kekalahan ketiga dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris.
The Gunner bakal bertemu Benfica pada perlawanan kedua 32 pasukan Liga Europa selepas seri 1-1 sebelum ini.