Tiada parti dapat dominan dalam pengagihan kerusi di Sabah

Iklan
Lajim ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Pengarah Strategik dan Pilihan Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Lajim Ukin yakin tiada parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mendapat dominan menguasai kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, Sabah hanya mempunyai 25 kerusi Parlimen dan setiap parti masing-masing ada sasaran bagaimanapun semuanya akan dibincang sebelum diputuskan dalam mesyuarat tertinggi parti.

Iklan
Iklan

"Kita boleh menyasarkan 10 atau lebih dari 10 (kerusi), tetapi kita tahu ada rakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta ada Barisan Nasional (BN) UMNO.

"Kita hanya ada 25 kerusi jadi masing-masing ada sasaran dan akhirnya bila kita memikirkan soal kepentingan negara, kepentingan rakyat Sabah, maka kita akan ada toleransi untuk mengagihkan kerusi. Kita lihat bagaimana, tetapi tidak akan ada parti yang dapat dominan, saya yakin," katanya kepada kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Isnin.

Iklan

Beliau mengulas sasaran kerusi yang akan dikemukakan Bersatu Sabah dalam menghadapi PRU akan datang.

Katanya lagi, perbincangan dari masa ke masa terus dilakukan daripada semua parti di bawah kerajaan sama ada di peringkat pusat atau Negeri.

Iklan

"Bersatu ada perbincangan dengan Pas, daripada Pas ada perbincangan dengan UMNO, di Sabah pula kita ada perbincangan dengan rakan komponen kita.

"Tetapi keputusan muktamad nanti setelah kita berbincang, perhalusi semuanya dari segi faktor sokongan parti mana yang dapat sokongan daripada rakyat di kawasan tertentu dan lepas itu kita buat keputusan, kita agihkan kerusi.

"Anggap ini sebagai situasi menang-menang kerana yang penting bukan hanya mewakili parti itu semata-mata tetapi mewakili rakyat Sabah," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, UMNO Sabah menyasarkan sekurang-kurangnya 10 hingga 13 kerusi Parlimen untuk ditandingi pada PRU akan datang.