Vaksin Covid-19 tiba di Sabah Khamis ini

Iklan
Sabah akan menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Khamis ini. Gambar kecil: Hajiji Noor

KOTA KINABALU - Sabah akan menerima kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech pada Khamis ini.

Vaksin itu akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan akan disambut sendiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan media pada Isnin, beliau mengalu-alukan ketibaan kumpulan pertama vaksin itu.

"Ia sebagai tanda yang amat penting dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Iklan

"Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan kejayaannya," katanya.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan pertama vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Malaysia Airlines MH604 dengan menggunakan pesawat Airbus 330-300 yang dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) pada Ahad.

Iklan

Sebanyak 312,390 dos vaksin disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebaik tiba di KLIA.