SHAH ALAM - Saksi ketiga Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim berkata, beliau menyedari allahyarham tiada di dalam van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selepas kenderaan itu berpusing dan merapat pada jentera Fire Rescue Tender (FRT).
Pegawai Perubatan EMRS, Ahmad Shahril Othman yang juga pemandu kenderaan tersebut berkata, beliau tidak mengetahui apa yang berlaku pada Muhammad Adib setelah diserang sekumpulan individu dan kenderaan ditolak oleh FRT yang berundur.