Lelaki maut treler masuk gaung

Iklan
Keadaan treler dinaiki mangsa yang terjunam ke dalam gaung di KM218.7, LPT1 awal pagi Selasa. FOTO: JBPM PAHANG

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera selepas treler dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di Kilometer 218.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1(LPT1) di sini awal pagi pada Selasa.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian daripada MERS 999 pada jam 6.16 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 10 anggota termasuk seorang pegawai bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi bagi melakukan operasi menyelamat.

Anggota bomba membawa naik mangsa yang cedera sebelum dihantar ke HTAA untuk rawatan lanjut. FOTO: JBPM PAHANG

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera," katanya.

Iklan

Anuar berkata, mayat mangsa dibawa naik ke tebing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut," katanya.

Iklan
Keadaan treler dinaiki mangsa yang terjunam ke dalam gaung di KM218.7, LPT1 awal pagi Selasa. FOTO: JBPM PAHANG