AS tahan isteri 'El Chapo' didakwa terlibat seludup dadah

Iklan
Emma Coronel Aispuro - Foto Reuters

WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menahan isteri Joaquin 'El Chapo' Guzman Loera, ketua kartel dadah Mexico dikenali Sinaloa Cartel di Virginia, lapor Agensi Anadolu.

Emma Coronel Aispuro, 31, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles"atas tuduhan terlibat dalam penyeludupan dadah antarabangsa," menurut kenyataan Jabatan Kehakiman.

Iklan
Iklan

Warga AS-Mexico itu dijadual hadir buat pertama kali di mahkamah pada Selasa menerusi sidang video.

"Menurut dokumen mahkamah, Aispuro didakwa terbabit dalam konspirasi pengedaran kokain, metamfetamin, heroin dan ganja untuk diimport ke AS," kata kenyataan itu.

Iklan

Dia juga dituduh"bersubahat dengan pihak lain untuk membantu Guzman melarikan diri dari penjara Altiplano di Almoloya de Juarez, Mexico pada 11 Julai 2015."

"Setelah Guzman ditangkap semula di Mexico pada Januari 2016, Coronel Aispuro didakwa terlibat dengan pihak lain merancang satu lagi cubaan meloloskan diri dari penjara sebelum Guzman diekstradisi ke AS pada Januari 2017," kata kenyataan itu.

Iklan

Pada 2019 juri di Daerah Timur New York menjatuhi hukuman kepada raja dadah itu kerana peranannya sebagai pemimpin Kartel Sinaloa.

"Coronel Aispuro didakwa dalam satu aduan jenayah dengan konspirasi untuk mengedar satu kilogram atau lebih heroin, lima kilogram atau lebih kokain, 1,000 kilogram atau lebih ganja, dan 500 gram atau lebih metamfetamin secara haram ke AS," kata kenyataan itu. - Bernama