Melaka bersedia terima bekalan vaksin Covid-19

Iklan
Sulaiman (kanan) melihat projek tanaman cili menggunakan teknologi hijau di Bandar Hijau, Ayer Keroh pada Selasa.

MELAKA - Melaka sedang menjalankan persiapan untuk menerima kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech yang dijadualkan tiba di negeri ini pada Rabu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, vaksin bagi fasa pertama itu yang dijadualkan akan dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka melalui laluan darat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bekalan vaksin itu akan diterima secara berperingkat dan ditempatkan di Hospital Melaka pada tahap keselamatan yang rapi sebelum Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula membabitkan 11,000 petugas barisan hadapan.

"Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan akan mengetuai penerimaan vaksin ini di Hospital Melaka," katanya selepas mengadakan Lawatan di Projek Tanaman Cili Menggunakan Teknologi Hijau di Bandar Hijau, Ayer Keroh, di sini pada Selasa.

Iklan

Semalam, Melaka mengumumkan 660,000 rakyatnya bakal menerima vaksin Covid-19 yang akan dilakukan secara berperingkat dalam tiga fasa.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, Melaka tidak akan melakukan catuan air dalam masa terdekat kerana bekalan di semua empangan masih mencukupi dan boleh bertahan sehingga September depan.

Iklan

Menurutnya, mengikut data paras empangan yang dikeluarkan setakat 23 Februari, Empangan Durian Tunggal merekodkan kapasiti 24,270 juta liter air atau 77.9 peratus, manakala Empangan Jus, Jasin pula merekodkan kapasiti 37,310 juta liter air atau 86.3 peratus.

"Saya minta seluruh rakyat negeri ini terus berdoa dan memohon kepada ALLAH SWT supaya dilimpahkan rezeki hujan bagi memenuhi semua empangan dan sungai," katanya.