Parti politik perlu pikat pengundi berbilang bangsa pada PRU15

Iklan
CHIN TONG

SHAH ALAM - Parti-parti politik perlu memikat hati pengundi berbilang bangsa pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, PRU14 menunjukkan pengundi tidak menyukai gabungan parti yang mengamalkan taktik pecah dan perintah berdasarkan landasan perkauman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua parti perlu meraih sokongan pengundi merentasi etnik dan bukan menumpukan perhatian kepada kumpulan bangsa masing-masing untuk pilihan raya akan datang.

"Zaman tersebut sudah berlalu dan parti lain tidak boleh menyatakan mereka hanya mewakili masyarakat Melayu. Begitu juga DAP tidak boleh hanya masyarakat bukan Melayu.

Iklan

"Ini kerana kebanyakan kerusi pilihan raya kita terdiri daripada pengundi pelbagai etnik,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter pada Selasa.

Chin Tong berkata, kebergantungan DAP kepada rakan parti Melayu dan Islam dalam Pakatan Harapan (PH) untuk meraih sokongan tidak lagi relevan untuk pilihan raya akan datang.

Iklan

Tambah beliau, sekiranya pihaknya bergantung kepada sokongan bukan Melayu, DAP hanya akan menang 20 hingga 25 kerusi Parlimen sahaja.

"DAP perlu meyakinkan 30 hingga 40 peratus pengundi Melayu untuk mempertahankan kerusi pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu berkata, sebahagian besar pengundi adalah atas pagar dan hanya menyokong PH pada hari terakhir menjelang PRU14.

"Pengundi bukan Melayu atas pagar akan mengundi parti pembangkang sekiranya melihat orang ramai sudah bersedia untuk melakukan perubahan.

"Pengundi Cina di pekan kecil hanya mahu mengundi parti yang mampu membentuk kerajaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, modenisasi telah menjadi pencetus kepada pembangunan bandar kecil dan masyarakat yang pelbagai bangsa serta mengubah cara pengundi berfikir.