KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan sisi peribadi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang bersama- sama berjuang di dalam arena politik negara.
Menyifatkan Mohamad berjiwa rakyat, Guan Eng berkata, Presiden Amanah itu beberapa kali menolak penganugerahan gelaran Datuk daripada TYT Pulau Pinang.
"Beliau (Mohamad) cakap jangan beri (anugerahkan) kerana tidak biasa dengan gelaran itu," katanya.
Menurutnya, beliau mengenali rapat dengan figura itu ketika bersama-sama ditahan di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.
"Di dalam tahanan banyak masa, jadi kita bercerita mengenai perjuangan, harapan dan impian,"katanya.
Beliau berkata, apa yang dibincangkan di dalam tahanan itu akhirnya menjadi realiti.
"Selepas berjuang, akhirnya kami berjaya menjadi Kerajaan dan bersama- sama berada di dalam kabinet," katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran buku Siapa itu Mohamad Sabu di sini hari ini.
Turut hadir Mohamad dan isterinya, Normah Alwi dan Pengarah Dimensi Harapan Resources, Datuk Seri Megat D Shahriman serta beberapa pegawai tinggi kerajaan.
Buku setebal 124 muka surat itu ditulis Mohamad Ismail dan diterbitkan oleh Dimensi Harapan Resources.
Sebanyak 10,000 naskhah dicetak pada edisi pertama dan boleh didapati di kedai buku pada harga RM29.90.