Asma' tegur 'Riyak Apa Hari ini'

Iklan
Kenyataan Ustazah Asma’ Harun (gambar kecil) di Facebook miliknya pada Selasa.

SHAH ALAM - Pendakwah bebas terkenal, Asma’ Harun pada Selasa menegur pemilik akaun Facebook 'Riyak Apa Hari ini' supaya tidak menggunakan perkataan riak.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau, Asma’ turut menyatakan akaun itu sewajarnya ditutup atau menukar perkataan riak tersebut.

Iklan
Iklan

"Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

"Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kapsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” menurut kenyataan beliau.

Iklan

Pandangan peribadi beliau itu menarik perhatian warga maya yang turut memberi sokongan kerana 'group' tersebut boleh mengundang dosa secara tidak langsung.

Kata Mardiana Aziz,"Setuju sangat, macam-macam 'group' sekarang ini tubuhkan, kadang-kadang tanpa sedari menambah lagi dosa yang ada...

Iklan

"Walau tak pernah baca dan tengok, tapi pernah nampak kawan tularkan, terkejut juga eh. Semoga diberi kesedaran buat kita semua... Amin," katanya.

Fatimah Ismail juga mengucapkan tahniah kepada Asma di atas keberanian menyuarakan pendapat dan kebenaran.

"Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada ustazah dalam mencegah kemungkaran," katanya.

Ujar Gniey Hazieni pula:"Alhamdulillah, akhirnya ustazah bersuara menegur. Semalam tengok orang 'share group' tu terus terdetik, moga ada orang yang berpengaruh dalam agama menegur aktiviti ahli group riak tu.

"Zaman sekarang perbuatan riak pun nak jadikan gurauan. Memang tidak patut, dah terang dalam agama kita dosa berkaitan riak. Dalam hati doa moga ustazah buat teguran terbuka sebab selalu tengok ustazah bongkar dan cegah setiap perkara mungkar. Alhamdulillah, akhirnya ustazah bersuara. Terima kasih ustazah mewakili suara kami semua," katanya.