Peniaga air tebu berdepan 67 pertuduhan rogol anak, rakan

Iklan
Gambar kecil: Shamsul Amar Ramli

KLANG - Seorang peniaga air tebu akan dituduh di Mahkamah Klang pada Rabu dengan 67 pertuduhan merogol dua remaja termasuk anak kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dua laporan diterima pihaknya membabitkan kejadian yang didakwa berlaku pada Januari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek berusia 42 tahun yang mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah itu dipercayai merogol rakan anaknya yang berusia 14 tahun di rumahnya di Klang kira-kira jam 3 petang.

"Laporan kes kedua juga membabitkan suspek yang merogol anak kandungnya berusia 14 tahun di kediaman mereka kira-kira jam 7 pagi.

Iklan

"Malah suspek juga telah merogol anaknya itu sejak mangsa berusia 10 tahun," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya dan mendapat arahan untuk menuduh suspek dengan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan 58 pertuduhan di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan.

Iklan

Katanya, hukuman bagi kesalahan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan adalah penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan manakala bagi kesalahan Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan adalah penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun penjara, hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

"Suspek akan dituduh sebanyak 67 pertuduhan di Mahkamah Klang pada jam 9 pagi, Rabu," katanya.