Muhyiddin dijadual terima suntikan vaksin 2.30 petang esok

Iklan
PKD Putrajaya dijadikan lokasi pelancaran PICK peringkat kebangsaan.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual akan menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu Comirnaty jam 2.30 petang pada Rabu.

Turut menerima pelalian itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Iklan
Iklan

Ia merupakan simbolik pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang diawalkan daripada Jumaat.

Selain itu, empat petugas perubatan dijangka turut menerima vaksin tersebut.

Iklan

Suntikan vaksin Covid-19 diadakan di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11 dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan.

Muhyiddin menawarkan diri sebagai penerima pertama vaksin bagi membuktikan bahawa ia selamat sekali gus untuk menggalakkan lebih ramai rakyat tampil secara sukarela menerima vaksin Covid-19.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin penerima pertama suntikan vaksin Covid-19

Imuniti berkelompok boleh diwujudkan sekiranya 75 peratus daripada penduduk Malaysia menerima vaksin Covid-19.

Malaysia mula menerima vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada Ahad dengan jumlah 312,390 dos.

Syarikat farmaseutikal itu dilapor akan membuat penghantaran setiap minggu bagi memenuhi keperluan serantau.

Setakat ini seramai 571,802 petugas barisan hadapan telah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19 pada fasa pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19 pertama untuk Malaysia tiba pagi ini

Malaysia terima 182,520 dos tambahan vaksin Covid-19 esok