Lelaki mengaku tak salah simbah asid pada teman

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai syarikat swasta hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan menyimbah asid sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita yang merupakan kenalannya.

Mohd Nazarudin Najmudin, 48, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan atau denda jika sabit kesalahan.

Iklan
Iklan

Dia dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Nor Syafika Hasim,32, di Jalan Pandan Indah 22, Pandan Indah di sini pada 7.40 malam 25 Jan lalu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor keselamatan.

Iklan

"Kedua-dua tertuduh dan mangsa mengenali antara satu sama lain dan terdapat kemungkinan tertuduh akan menghubungi mangsa,” katanya..

Sementara , peguam tertuduh K. Ponnusamy dalam hujahnya antara lain merayu mahkamah membenarkan anak guamnya dilepaskan dengan ikat jamin bagi persediaan membela diri.

Iklan

Mahkamah tidak membenarkan Mohd Nazarudin diikat jamin dan kes disebut semula pada 14 Mac. - Bernama