Air keruh di tiga negeri

Iklan
Ishak (dua, kanan) menyerahkan resolusi Persidangan dan Pameran Malaysian Water Engineers Action Committee kali ke-31 kepada Noor Azahari, semalam.
KOTA BHARU - Tahap kekeruhan sumber air mentah di beberapa negeri menunjukkan peningkatan ketara berbanding 1980-an lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (JBA), Datuk Ir Noor Azahari Zainal Abidin berkata, Pahang, Johor dan Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai bekalan air tercemar.

Menurutnya, Sungai Bilut, Pahang mencatatkan kadar kekeruhan air sehingga 10,000 NTU (Nephelometric Turbidity Unit) manakala di Johor dan Sabah, melebihi 1,000 NTU.

"Banyak sebab tercetusnya isu itu antaranya pencemaran malah faktor hujan lebat turut menyumbang kepada kadar kekeruhan sumber air.

"Ini memaksa loji ditutup selama enam jam dan hanya akan pulih seperti biasa empat hari kemudian," katanya, selepas Persidangan dan Pameran Malaysian Water Engineers Action Committee kali ke-31 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, semalam.

Hadir sama Pengerusi MyWac Malaysia, Ishak Hasnan.

2
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Noor Azahari (dua, kiri) melawat pameran Malaysian Water Engineers Action Committee.