Rumah transit Kedah sudah beroperasi

Iklan
Rumah Transit Negeri Kedah (RTNK) di Taman Pulasan, Jitra, Kedah. Gambar kecil: Halimaton Shaadiah Saad

JITRA - [LAPORAN KHAS] Rumah Transit Negeri Kedah (RTNK) di Taman Pulasan di sini mampu memuatkan kira-kira 30 penghuni seperti gelandangan, pengemis, kanak-kanak jalanan, mangsa keganasan dalam satu-satu masa.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata, RTNK mempunyai enam buah rumah dan sudah mula beroperasi sejak 22 November 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, rumah tersebut menjadi pusat perlindungan sementara sehingga maksimum 14 hari sebelum dipindahkan ke pusat perlindungan lain ataupun waris datang mengambil sendiri mangsa selepas dihubungi.

"Penghuni di rumah transit berkenaan silih berganti kerana ia pusat perlindungan sementara.

Iklan

"Ada satu kes kita menemukan seorang gelandangan lelaki di tepi jalan.

"Selepas kita membuat siasatan dan hebahan, akhirnya ada waris yang datang mengambilnya di sini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Iklan

Halimaton Shaadiah berkata, mana-mana mangsa yang tidak mempunyai waris atau masalah belum selesai akan dihantar ke pusat perlindungan seterusnya seperti Rumah Seri Kenangan Bedong bagi orang dewasa atau Taman Sinar Harapan, Jitra bagi kanak-kanak.

Katanya, rumah tersebut menjadi tempat sementara sebelum mendapatkan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk ditempatkan di pusat perlindungan seterusnya.

"Selain Rumah Seri Kenangan Bedong, ada juga yang dihantar ke pusat perlindungan seperti di Perlis ataupun di Seri Iskandar (Perak),” katanya.