Tiger Woods cedera parah nahas SUV

Iklan
Keadaan SUV yang dipandu pemain golf terkenal, Tiger Woods terbalik di Rancho Palos Verdes, California pada Selasa. - Foto AFP Gambar kecil: Tiger Woods

LOS ANGELES - Pemain golf profesional dunia, Tiger Woods bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu terlibat kemalangan di Palos Verdes pada Selasa yang menyebabkannya mengalami kecederaan parah pada kedua-dua kaki, kata beberapa pegawai di California.

"Dia mampu untuk berkomunikasi. Dia dalam keadaan sedarkan diri," kata Syerif Daerah Los Angeles, Alex Villanueva seperti dilaporkan oleh AFP.

Iklan
Iklan

Menurutnya, legenda golf itu mengalami kecederaan serius berikutan nahas tersebut.

Seorang lagi anggota pihak berkuasa di Pejabat Syerif Los Angeles, Carlos Gonzalez berkata, adalah sesuatu yang"amat bernasib baik" apabila Woods mampu untuk keluar dari SUV dalam keadaan selamat.

Iklan

Menurut kenyataan Pejabat Syerif itu, Woods dimasukkan ke sebuah hospital selepas nahas itu berlaku dan SUV yang dinaikinya mengalami kerosakan yang teruk.

Bekas pemain golf nombor satu itu yang memandu kenderaan itu berseorangan dipindahkan oleh anggota bomba dan paramedik selepas nahas tersebut berlaku dan dia mengalami pelbagai kecederaan pada kakinya, kata seorang ejennya dalam satu kenyataan media.

Iklan

Dia kini dilaporkan menjalani pembedahan di bahagian kakinya dan kenderaannya dilaporkan terbalik dan melanggar pokok.

Menurut portal berita ESPN, satu sumber polis berkata, laporan awal perubatan menunjukkan kedua-dua kakinya patah.

Ia melaporkan, sebuah lagi kereta yang berhenti di tepi jalan untuk membantu Woods selepas nahas itu dirempuh sebuah kenderaan lain tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Menurut laman web selebriti TMZ, Woods yang berusia 45 tahun berada di kawasan tersebut untuk menghadiri pertandingan jemputan tahunan Genesis di Kelab Riviera Country.

Menurut TMZ Sports, pihak berkuasa tidak percaya alkohol menjadi punca kemalangan itu tetapi tidak menafikan kemungkinan dia menggunakan bahan lain yang menyebabkan nahas tersebut berlaku. - Agensi