11 anggota di Balai Polis Ampang positif Covid-19

Iklan
Urusan melibatkan orang awam seperti laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di Balai Polis Ampang kini digantung sementara bermula pada Selasa. Gambar kecil: Mohamad Farouk Eshak

AMPANG - Seramai 11 anggota di Balai Polis Ampang disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semua urusan melibatkan orang awam seperti laporan polis dan permohonan rentas daerah atau negeri di balai polis itu kini digantung sementara bermula pada Selasa hingga 1 Mac bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun urusan tersebut boleh dibuat di balai polis lain yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Mohamad Farouk memaklumkan orang ramai boleh menghubungi balai-balai berhampiran di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya iaitu Balai Polis Hulu Klang (03-42570486), Balai Polis Melawati (03-41081222) dan Balai Polis Pandan Indah (03-92742222).

Iklan

"Selain itu, Pondok Polis Ukay Perdana (03-41472222) dan Pondok Polis Pandan Perdana (03-92852222)," katanya.

Mohamad Farouk turut berdoa petugas barisan hadapan yang dijangkiti wabak Covid-19 itu diberi kesembuhan yang baik.

Iklan

"Sama-sama kita doakan petugas barisan hadapan yang positif Covid-19 diberi kesihatan yang baik dan mereka segera sembuh," katanya.