Pas harap UMNO, Bersatu bersama dalam PRU15

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU - Pas masih berharap ketiga-tiga parti Melayu iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dapat bersama dan bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun UMNO dan Bersatu dilihat tidak 'sebulu' tetapi pihaknya yakin ia dapat diselesaikan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pas sendiri sudah menyatakan pendirian mereka terhadap kepimpinan kedua-dua parti itu bagi menjamin keharmonian antara parti.

"Saya rasa, insya-ALLAH langkah seterusnya akan diambil kepimpinan Pas, UMNO dan Bersatu untuk mencari jalan (penyelesaian)," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, di sini pada Rabu.

Iklan

Ditanya mengenai agihan kerusi di antara ketiga-tiga parti yang masih menemui jalan buntu, beliau bagaimanapun menafikannya.

Jelasnya, agihan kerusi masih tidak selesai dan bukannya menemui jalan buntu.

Iklan

"Ia bukan penamat lagi, kita baru dua kali bertemu. Kalau baru dua kali bertemu tapi kata kita temui jalan buntu, ia masih terlalu awal.

"Panjang lagi perjalanan. Kita masih optimis, kena percayalah," katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menyatakan perbincangan antara UMNO dan Pas di Terengganu yang sudah menemui jalan buntu, beliau berkata, ia masih belum ternoktah.

"Sebagai kepimpinan utama parti, kita tidak harus putus asa, sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada masalah masyarakat dalam negara, masalah ummah. Kita tidak boleh putus asa," katanya.