Kadar pengangguran dijangka turun tahun ini

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran dijangka turun antara 3.5 peratus dan 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus pada Disember 2020, didorong terutamanya oleh inisiatif kerajaan di bawah inisiatif Belanjawan 2021, demikian menurut Public Investment Bank.

Ini akan didorong lagi oleh peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih tinggi daripada jangkaan, katanya dalam satu nota penyelidikan pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kadar pengangguran yang berakhir pada 4.8 peratus pada Disember 2020, mungkin lebih rendah sekiranya bukan kerana peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih perlahan daripada jangkaan yang mencapai 15.9 juta, penambahan hanya 101,000 untuk tahun berkenaan dibandingkan dengan 338,000 secara purata sejak tiga tahun lepas (2017-2019).

"Tahun 2021 mungkin menyaksikan peningkatan jumlah tenaga kerja yang lebih besar daripada biasa sebanyak 575,000 hingga 16.5 juta, salah satu faktor penggerak yang akan mendorong kadar pengangguran menjadi lebih rendah pada 2021," katanya.

Iklan

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 4.5 peratus tahun lalu, kadar tertinggi dicatatkan sejak tahun 1993.

Bank pelaburan itu berkata, pemacu penting yang lain akan datang daripada inisiatif awam-swasta untuk mewujudkan 160,000 pekerjaan baharu tahun ini yang akan dicapai, antaranya, menerusi peningkatan kemahiran.

Iklan

Ia menambah ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2021 untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu termasuk 50,000 peluang pekerjaan kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan.

"Kerajaan komited untuk membelanjakan RM7 bilion melalui inisiatif seperti pengembangan kemahiran, pengambilan dan latihan semula program yang akan menjadi kunci untuk mencapai matlamat pewujudan pekerjaan untuk tahun ini," katanya. - Bernama