Ejen Pogba enggan keruhkan keadaan

Iklan
Masa depan Pogba bersama United masih samar biarpun kontraknya bakal berakhir 2022.

EJEN Pogba, Mino Raiola menyatakan bahawa dia tidak mahu menimbulkan masalah kepada pemain itu selepas menyatakan masa bagi pemain itu di Manchester United sudah berakhir.

Ia sebagai respons terhadap kenyataannya pada Disember tahun lalu ketika memberi bayangan bahawa pemain tengah Perancis itu tidak lama lagi meninggalkan The Red Devils.

Iklan
Iklan

Malah, Raiola turut menjelaskan bahawa pandangan tersebut juga tidak memberi kesan kepada pemain berkenaan dan pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

"Saya baharu sahaja menyatakan pandangan dan tidak mahu menimbulkan masalah. Saya tidak menyangka hal tersebut boleh mengecewakan sesiapa kerana United kini berada mempamerkan persembahan bagus.

Iklan

"Setiap kali saya memberikan pandangan, semua orang di England mengamuk dan mendakwa saya adalah ejen terburuk. Saya terpaksa menutup mulut kerana risau untuk membicarakannya.

"Saya tidak fikir apa yang dinyatakan akan memberi kesan kepada persembahan Pgba dan United. Ia cuma pandangan dan jika tanpanya situasi menjadi sedikit bosan,” katanya.

Iklan

Masa depan Pogba bersama United terus menjadi bualan di media sosial terutama di England dengan wujud laporan mengaitkan pemain bintang itu dengan kelab lamanya Juventus dan Real Madrid.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Raiola bahawa bekas pemain Juventus itu akan kembali semula ke Turin.

Kontrak Pogba di Old Trafford bakal berakhir pada 2022 dan pernah menyatakan bahawa dia sedang berdepan dengan situasi sukar dalam karier tetapi pada Januari dia mnegeaskan bahawa sedang menikmati kehidupan di United.

Dalam pada, Solskjaer awal Februari mengakui gembira dengan kebangkitan persembahan pemain itu tetapi tidak dengan masa depan Pogba di kelan itu.