Smart SBB tingkat pendapatan pesawah sehingga RM7,000

Iklan
Ronald Kiandee melawat gerai pameran pada majlis menandatangani memorandum persefahaman program Smart SBB antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan 11 syarikat peneraju di Putrajaya pada Selasa. - Foto: Rosli Talib

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dijangka akan meningkatkan pendapatan pesawah sehingga RM7,000 setahun.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pendapatan bersih per hektar dalam tempoh setahun turut dijangka meningkat sehingga RM15,000 sekiranya purata produktiviti per hektar meningkat kepada tujuh tan metrik.

Iklan
Iklan

"Dengan pelaksanaan program ini, hampir semua risiko dan kos penanaman padi sebelum ini ditanggung pesawah akan dapat dikurangkan," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Smart SBB antara kerajaan dan 11 syarikat peneraju pada Selasa.

MoU berkenaan ditandatangani Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid selaku wakil kerajaan bersama 11 syarikat peneraju.

Iklan

Antara syarikat terlibat ialah Padiberas Nasional Berhad (Bernas), FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd dan Eco Agro Pentagon Sdn Bhd.

Kiandee berkata, sasaran bagi pelaksanaan Smart SBB adalah seluas 150,000 hektar bagi fasa pertama yang dijalankan secara berperingkat.

Iklan

"Ia akan dijalankan menerusi pelbagai kaedah pelaksanaan seperti pertanian kontak, sewaan dan sebagainya," katanya.

Ronald Kiandee dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahamanRonald Kiandee melawat gerai pameran pada majlis menandatangani memorandum persefahaman program Smart SBB antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan 11 syarikat peneraju di Putrajaya pada Selasa. - Foto: Rosli Talib

Beliau berkata, Smart SBB turut dijangka akan membantu negara mencapai SSL beras yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu sebanyak 75 peratus.

"Program ini turut menyasarkan peningkatan purata hasil per hektar nasional daripada 3.5 kepada tujuh tan metrik dalam tempoh RMK12," katanya.

Menurutnya, MAFI akan menerajui Smart SBB dalam penentuan dasar dan polisi, penyusuan strategi berkaitan dan penyediaan peruntukan kesemua input dan output pertanian bersubsidi.

"Peranan kementerian antara lain ialah menentukan dasar benih padi sah, kebenaran pindah padi dan sebagainya," katanya.

Katanya, 11 syarikat peneraju terbabit akan berfungsi sebagai pengurusan projek dan penyedia perkhidmatan seperti penggunaan dron, penyedia jentanam dan pembajak.

"Syarikat-syarikat ini juga akan menyelia pengguna baja dan racun menerusi pertanian kontak dengan pesawah terlibat selain boleh juga bertindak selaku pembeli dan pengilang bagi padi yang dihasilkan," katanya.

Beliau berkata, konsep tersebut juga akan menghapuskan atau mengurangkan peranan orang tengah yang sentiasa mengenakan caj perkhidmatan tinggi bagi sewaan mesin serta jentera.

"Pelaburan syarikat-syarikat peneraju dianggarkan RM900 juta sehingga RM1 bilion setahun," katanya.