KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat dua dalam kejadian di sebuah flat di sini pada pagi Rabu.
Kejadian itu hanya disedari isteri mangsa, 58, kira-kira jam 5.30 pagi selepas mendapati tingkap di luar tandas terbuka lalu menjenguk ke bawah sebelum ternampak bayang-bayang putih di bawah.