Seorang maut, dua cedera bot dinaiki karam

Iklan
Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila bot yang dinaiki lima individu karam dalam kejadian di Lombong Pasir Megasteel Bandar Mahkota, Kuala Langat pagi Rabu.

KUALA LANGAT - Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila bot yang dinaiki lima individu yang merupakan pekerja di sebuah lombong, karam dalam kejadian di Lombong Pasir Megasteel Bandar Mahkota, di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.45 pagi ketika kesemua mangsa menaiki bot berukuran lebih kurang lapan kaki menuju ke Bot CSD (kapal korek) yang berada di tengah lombong.

Iklan
Iklan

"Siasatan dijalankan mendapati satu pasukan pekerja seramai lima orang dijadualkan masuk tugas bermula jam 8 pagi, mereka akan menggantikan pasukan yang selesai kerja jam 8 pagi (shif).

"Dipercayai bot yang dinaiki terlebih muatan menyebabkan bot tersebut dinaiki air dari bahagian hadapan dan terus karam," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, empat daripada lima individu yang menaiki bot berkenaan berjaya menyelamatkan diri dengan berenang di tepi lombong.

"Bagaimanapun seorang lagi individu gagal berenang dan telah ditemui mati lemas di lokasi kejadian.

Iklan

"Dua mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Bahagian Kecemasan Hospital Banting manakala dua lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.