Pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera mula dibuka

Iklan
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Pendaftaran untuk vaksin Covid-19 telah dibuka menerusi aplikasi MySejahtera mulai Rabu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, selaras itu, penduduk di negara ini boleh mengemukakan permohonan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Pendaftaran bagi vaksin ini telah dibuka melalui aplikasi MySejahtera dan (orang ramai) boleh melakukan kemas kini kepada aplikasi menerusi platfom iOS, Android atau Huawei," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebaik selesai Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan turut menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa pengguna telefon pintar jenis Apple atau iPhone yang boleh mendaftar untuk permohonan vaksin tersebut.

Katanya, kerajaan telah menghantar permohonan mengemaskini aplikasi MySejahtera untuk semua sistem operasi talian.

Iklan

"Tetapi platform ini mengambil tempoh masa berbeza untuk memaparkan perubahan yang telah dibuat (kemas kini) kepada platform masing masing-masing," katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu setakat jam 2.45 petang pada Rabu, sebanyak 465,081 permohonan pendaftaran untuk vaksin Covid-19 telah diterima.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan lebih ramai penduduk di negara ini membuat pendaftaran untuk program vaksinasi tersebut.