MEF gesa majikan didik pekerja manfaat vaksinasi Covid-19

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) menggesa para majikan untuk mendidik dan menggalakkan pekerja mereka mengenai manfaat mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan untuk memastikan kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi meningkatkan keyakinan ke arah pemulihan ekonomi yang lebih pantas.

Iklan
Iklan

"MEF ingin menasihatkan semua pekerja terutamanya mereka yang tinggal di asrama pekerja untuk mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan kami yakin majikan akan melaksanakan vaksinasi terhadap pekerja mereka seperti yang dikehendaki kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Syed Hussain berkata, kunci bagi menjayakan imuniti kelompok dengan lebih 80 peratus penduduk yang tinggal di Malaysia adalah pelaksanaan program vaksinasi yang berjaya.

Iklan
Iklan

"Sebagai majikan yang bertanggungjawab, kita perlu memberi penerangan kepada kakitangan kita mengenai manfaat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan kita boleh mendapatkan sokongan daripada Kementerian Kesihatan sekiranya diperlukan,” katanya. - Bernama