Eksekutif media Perancis dituduh lakukan buli siber

Iklan

PARIS - PERANCIS. Beberapa eksekutif media Perancis dilapor digantung tugas atau dipecat atas dakwaan melakukan buli siber menerusi satu kumpulan Facebook peribadi.

League du LOL (LOL) terdiri daripada sekumpulan eksekutif lelaki yang menjadikan wartawan, penulis dan aktivitis wanita sebagai sasaran buli siber.

Iklan
Iklan

Vincent Glad, salah seorang pengasas kumpulan yang ditubuhkan pada 2009 itu, dilapor memohon maaf di Twitter dan mengakui perbuatan tersebut adalah tidak wajar.

Ahli kumpulan LOL mengecam wartawan wanita, selain memuat naik gambar porno serta gurauan berunsur lucah.

Iklan

Berpuluh mangsa telah berkongsi pengalaman dibuli oleh kumpulan berkenaan sejak kegiatan mereka dibongkar surat khabar haluan kiri Libération.

Antara wartawan dan penulis terkenal Perancis yang menjadi mangsa kumpulan LOL termasuk Nora Bouazzouni, Lucile Bellan dan Mélanie Wanga.

Iklan

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Digital Perancis Mounir Mahjoubi melabel ahli kumpulan LOL sebagai 'orang tidak berguna'. - BBC