Program Dmagia Use bantu orang ramai ceburi perniagaan

Iklan
Nik Juzailah (tengah) bersama tetamu yang hadir pada pelancaran Dmagia Use yang diadakan baru-baru ini.

SHAH ALAM - Dmagia Sdn Bhd (Dmagia) menawarkan latihan perniagaan menerusi program rakan niaga baharu, Dmagia Use untuk membantu orang ramai menceburi bidang perniagaan.

Pengasasnya, Nik Juzailah Juhari berkata, Dmagia Use menampilkan pengguna (use) yang berkongsi manfaat produk dan peluang niaga (share) kepada bakal peniaga seterusnya bersama kumpulan niaga untuk memperoleh ganjaran atau bonus pada setiap bulan (earn).

Iklan
Iklan

Menurutnya, Dmagia Use yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk mempromosikan perniagaan secara berkumpulan.

"Melalui program Dmagia Use syarikat menawarkan satu peluang niaga secara berkumpulan dengan menyediakan struktur perniagaan yang kukuh, sistem ganjaran yang adil serta latihan keusahawanan yang tersusun.

Iklan

"Program ini juga menawarkan satu program latihan yang dikenali Dmagia Elite Club dan Dmagia Academy dengan modul pengurusan perniagaan secara profesional, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawanan secara percuma, selain bimbingan kumpulan mentor perniagaan yang terpilih dan berkelayakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Nik Juzailah berkata, Dmagia membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan formulasi produk-produk terbaik untuk kesihatan masyarakat umumnya.

Iklan

"Dmagia juga turut memperkenalkan rangkaian produk baharu minuman kolagen, Dmagia Nutri360 (minuman kolagen), Snow360 (penjagaan kulit), Dmagia Premium Colombian Arabica Coffee, Black Ginger Honey Plus Chewy Bites (makanan kesihatan) dan Dmagia Aura Bioheat (losen serbaguna)," katanya.

Beliau berkata, dengan pakej pendaftaran sebagai ahli Dmagia serendah RM150 sahaja, pengguna boleh mendapatkan rangkaian produk Dmagia dan menjadi ‘Dmagia Members’ secara automatik, sekali gus menikmati pelbagai ganjaran serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.