City bukan calon pilihan juara

Iklan
City membawa bekalan selesa dua gol untuk aksi timbal balik di Etihad 17 Mac depan.

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak melihat pasukannya layak dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Menurutnya, dia menilai gergasi Jerman, Bayern Munich adalah pasukan yang sepatutnya diangkat sebagai calon juara berdasarkan reputasi semasa pasukan tersebut.

Iklan
Iklan

Dengan kemenangan 2-0 ke atas Borussia Monchengladbach dalam aksi pusingan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara pada pagi Khamis, City telah melakar 19 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun, Guardiola menyifatkan rekod tersebut bukan gambaran sebenar untuk membuatkan pasuka kendaliannya itu dipilih sebagai calon menjuarai Liga Juara-Juara.

Iklan

"Ketika saya melihat Bayern, saya tidak rasa kami adalah pilihan. Saya menilai pasukan saya sangat jauh daripada mereka.

"Jika ada orang mengatakan kami sebagai calon juara, kami boleh menerimanya. Tetapi kalau diikutkan rekod banyak pasukan lain lebih bagus daripada kami di pentas ini," katanya.

Iklan

Dua jaringan masing-masing daripada Bernardo Silva dan Gabriel Jesus memastikan bekalan selesa buat The Citizen mengharungi aksi timbal balik di Etihad 17 Mac depan.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Monchengladbach itu, Guardiola mengakui jentera serangannya tidak beraksi pada tahap sepatutnya dengan mensiakan banyak peluang terhidang.

"Malangnya, kami tidak cukup klinikal di bahagian depan-dalam situasi satu lawan satu berdepan pertahanan dan penjaga gol.Ia sesuatu yang kami perlu perbaiki dalam kejohanan ini.

"Situasi satu lawan satu ketika berdepan penjaga gol atau pertahanan dan kami langsung tidak dapat melakukan gelecekan.Dalam kejohanan ini, anda perlu menjadi sempurna untuk membolehkan anda layak," katanya.