KAHERAH - Pasukan penyelamat menjumpai mayat seorang remaja berusia 16 tahun di lokasi kejadian sebuah bot nelayan terbalik di utara Mesir, menjadikan angka kematian setakat ini 14 orang, lapor Agensi Anadolu.
Bot yang membawa 20 penumpang itu termasuk wanita dan kanak-kanak, terbalik pada Isnin malam di Tasik Mariout, di barat Iskandariah, memetik akhbar harian Mesir, Al-Ahram pada Rabu.