Vaksin Covid-19 sudah tiba di Sabah

Iklan
Pesawat Raya Air Ways yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tepat jam 12.40 tengah hari pada Khamis.

Bekalan vaksin itu tiba dengan menaiki pesawat TH314 Raya Airways yang berlepas dari lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Sepang, pada jam 10.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketibaan vaksin itu disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun bagi mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut menyambut ketibaan vaksin itu adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Ir Shahelmey Yahya, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, beberapa kenderaan milik DHL turut dilihat di pekarangan lapangan terbang untuk membawa vaksin tersebut ke pusat penyimpanan yang telah ditetapkan.