Pas boleh terima parti lain asalkan tanpa DAP dan Anwar

Iklan
Khairil Nizam

SHAH ALAM - Pas boleh menerima parti lain termasuk yang bukan berasaskan Melayu dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin.

Beliau berpendapat, pendirian itu jelas demi agenda kesatuan ummah.

Iklan
Iklan

"Pas mengambil pendekatan politik untuk menyatukan parti-parti, NGO dan NGI Islam dan Melayu di atas dasar perpaduan ummah. Perkukuh Muafakat Nasional dan pertahan Perikatan Nasional (PN) adalah jalan tengah yang diambil bagi mengusahakan perdamaian politik antara Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Perdamaian politik ini amat perlu bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Iklan

"Ada yang bertanya kepada saya, sekiranya Pas komited dengan agenda penyatuan ummah dan bersungguh mengajak UMNO untuk terima Bersatu, boleh atau tidak Pas menerima parti yang lain, baik yang berasaskan Melayu atau bukan Melayu? Jawapannya boleh dengan syarat tanpa penjajaran politik dengan DAP dan Anwar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, sekiranya semua pihak berpegang teguh dengan keadilan dan akhlak Islam iaitu sabar, berlapang dada, memaafkan, bertolak ansur, tidak terlalu dominasi, tidak mengkhianati perjanjian, kesatuan itu akan berjaya dan berkekalan.

Iklan

"Oleh yang demikian, Pemuda Pas, Pemuda UMNO dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) perlu fokus dan memperkasa titik persamaan antara tiga sayap parti ini dan jadikan ia sebagai pencetus kepada pengukuhan agenda kesatuan ummah.

"Percayalah, sekiranya sayap-sayap pemuda ini boleh bersama, ia adalah masa depan yang cerah buat negara ini," katanya.